Ini bukan sekadar cantik luaran (fizikal) sahaja, ya. “Cantik dalaman” juga… Mahu tahu bagaimana?
Bezakah setiap Vitamin E?
Shaklee mempunyai vitamin E yang mengandungi keperluan lengkap oleh tubuh iaitu 400iu dan beserta selenium.
Pada dasarnya vitamin E ialah untuk…
Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah,
yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam
rawatan “premenstrual syndrome” dan penyakit fibrocystic buah dada. Ia
memelihara pembekuan darah
yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh
sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam
pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan
mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari. Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan “retrolental fibroplasia”, sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.
Satu kajian yang dijalankan oleh
National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan
vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.
Ringkasnya :
1. Vitamin E membuatkan si pengamal
nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan. Pengambilan
vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur
kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan
jeragat.Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.
2. Vitamin e mencegah segala pertumbuhan
abnormal sel terutama kanser. Pengalaman pelanggan bila mengalami
bengkak susu yang ketara, beliau akan mengambil dua biji vitamin E namun
ianya bukanlah diamalkan secara berterusan cuma pada saat melalui saat
bengkak susu atau clog duct.
Seorang teman sebelum ini mengalami
masalah dimana tempat kemaluannya didapati mempunyai benjolan seperti
bengkak ketumbuhan, beliau mengamalkan dua biji vitamin E selama 7 hari
dan alhamdulillah ketumbuhan itu mengecut dengan sendirinya. Ini kerana
Vitamin e membantu mengecutkan pertumbuhan abnormal sel dan
melancarkan saraf terutama bagi ibu yang menyusu dan dapat mengelakkan
bengkak susu yang berlarutan.
3. Vitamin e sangat membantu dalam aspek
kesuburan. Bagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang
bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari
hormon estrogen. Walau bagaimanapun melalui pengalaman ibu, pengambilan
vitamin membantu mengatasi masalah kedinginan.
4. Vitamin E membantu pengaliran darah
dengan lebih lancar. Membantu mengatasi masalah sarah belakang terutama
mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan.
5. Vitamin E membantu mempercepat proses
baik luka. Sangat membantu apabila si ibu yang menyusu mengalami luka
di bahagian nipple. Rata2 ibu yang menyusu akan melalui saat sukar
apabila puting susunya melecet ataupun luka. Pengambilan yang konsisten
sangat membantu si ibu recover dari kesakitan yang dilalui.
6. Bagi wanita yang pernah melahirkan
anak, perasankah anda kawasan erola iaitu kawasan bahagian puting susu
menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya
semakin gelap. Ibu membuat kesimpulan bahawa ianya merupakan
pigmentation after kelahiran. Namun dengan pengambilan vitamin E yang
konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi
cerah semula.
7. Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.
pm/whatsapp/sms 012-9384744 - Zila
XOXO
No comments:
Post a Comment