Pages

Tuesday, September 16, 2014

Persiapan Mental dan Fizikal sebelum ke Tanah Suci

Bismillahirrahmanirahim...
 


Musim haji semakin dekat... Buat teman-teman yang akan menunaikan Haji, semoga dipermudhakan segala urusan sepanjang mengerjakan Haji & moga mendapat Haji yang Mabrur.... Perjalanan haji merupakan perjalanan ibadah yang penuh dengan rintangan dan cubaan, yang diimpikan oleh setiap muslim, sebab Allah Ta’alaa menjanjikan ganjaran surga bagi siapa yang mendapatkan haji mabrur serta diampunkan dosanya. 
Ketahui apa Persiapan Sebelum Ke Tanah Suci yang kita perlukan...

PERSIAPAN MENTAL 

1.Memahami keadaan di Tanah Suci


Adalah sangat penting bagi bakal haji memahami keadaan di Tanah Suci kerana ia sangat berbeza dengan keadaan di negara kita. Dengan memahami keadaan yang sebenar di sana, maka dapatlah bakal jemaah haji bersedia menempuh segala ketidak-selesaan dengan penuh kesabaran dan tabah menghadapi segala dugaan. Ini selaras dengan hakikat perjalanan haji itu sendiri yang bukanlah pelancongan agama semata-mata tetapi satu perjalanan suci umat Islam untuk membersihkan diri daripada segala dosa dan kesalahan.
2. Cuaca dan Suhu
  • Suhu amat sejuk ( pada bulan-bulan tertentu khususnya Disember - Mac )
  • Suhu amat panas ( pada bulan-bulan tertentu ) 
  • Udara berdebu
  • Hujan lebat dan banjir yang tidak menentu 
Jemaah haji akan menempuh cuaca yang berbeza dari tanah air kerana cuaca di Tanah Suci sentiasa berubah khususnya cuaca di Madinah yang adakalanya amat sejuk sehingga berada di bawah paras 10 darjah celcius. Cuaca di Makkah pula agak panas dengan hawa berdebu dan kering. Keadaan sebegini mungkin akan menyebabkan gangguan kesihatan seperti batuk, selsema, demam, bibir dan tumit kaki pecah kekeringan dan sebagainya. Kadangkala hujan turun tanpa diduga dan keadaan mungkin menyebabkan kelicinan pada lantai masjid dan kerap kali berlaku banjir kilat kerana sistem perparitan yang tidak diselenggarakan dengan baik.     
 
Bagi menghadapi cuaca sejuk yang keterlaluan, jemaah haji perlu memakai pakaian tebal samada dengan membawa dari tanah air atau membeli sewaktu di sana.
 
3.  Bekalan Air
Mungkin terhad sebab...
  • Punca bekalan air di Tanah Suci adalah daripada telaga dan air laut yang diproses. Oleh itu bekalan semasa musim haji adalah terhad.
  • Bekalan di bangunan penginapan jemaah haji diangkut menggunakan lori dan kadangkalanya bekalan air ini terputus khususnya semasa seminggu sebelum dan selepas wukuf.
  • Bekalan air di bangunan penginapan jemaah haji adalah untuk kegunaan mandian dan sucian. Air tersebut perlu dimasak terlebih dahulu untuk tujuan minuman.
Air minum mudah diperolehi  ...
  • Air botol ( air mineral ) mudah diperolehi di Tanah Suci 
  • Air minuman terdapat di dalam Masjidil Haram di Makkah, Masjid Nabawi di Madinah (Air Zam-Zam) dan juga tempat-tempat penginapan jemaah haji
  • Tempat wuduk dan tandas awam terdapat disekeliling Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.
4. Tempat Penginapan 
  • Keadaan bangunan penginapan yang tinggi lebih kurang 10 tingkat dan boleh memuatkan jemaah haji antara 5000 hingga 6000 orang. Jarak tempat penginapan dengan masjid antara 50 meter - 850 meter.
  • Muatan bagi sesebuah bilik adalah mengikut ukuran yang telah ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi
  • Lif sentiasa penuh sesak apabila masuk waktu solat dan kadangkala kerosakan lif di mana jemaah haji terpaksa menggunakan tangga ( bagi jemaah haji yang tidak mempunyai masalah kesihatan ) 
  • Perlu menunggu dengan sabar untuk menggunakan tandas dan lif. (Beri keutamaan kepada yang tua dan uzur )    
  • Bilangan tandas terhad dan terpaksa berkongsi dengan jemaah lain. 
  • Jemaah haji adalah dilarang merokok dalam bilik dan bangunan penginapan
 
5. Kenderaan - Bas, Teksi, Kereta Sewa dan terbaru Monorel 
  • Kenderaan yang utama bagi mengangkut jemaah haji ke Arafah, Mina, Makkah, Madinah serta Jeddah adalah bas yang boleh memuatkan 40 - 50 orang penumpang. Oleh yang demikian, jemaah haji dilarang berebut, memandangkan tempat duduk untuk setiap jemaah disediakan dan mencukupi. 
  • Di waktu kemuncak haji di Makkah dan Madinah semua kenderaan tidak dibenarkan memasuki kawasan-kawasan di sekitar masjid
  • Jemaah haji dinasihatkan membuang air kecil atau besar dahulu sebelum menaiki kenderaan khususnya untuk perjalanan jauh kerana bas yang dinaiki tidak mempunyai tandas. 
  • Selain bas, jemaah haji boleh juga menyewa teksi atau kereta sewa untuk ke Tana'im atau Ja'aranah untuk berniat umrah
  • Jemaah haji dinasihatkan berhati-hati apabila melintas jalan kerana sistem lalulintas adalah berbeza dengan tanah air sendiri.
6. Suasana di Tanah Suci 
  • Keadaan sesak di mana sahaja termasuk di tempat ibadat dan kediaman.
  • Lif sentiasa penuh dan sesak apabila waktu solat dan adakalanya jemaah haji terpaksa menggunakan tangga.
  • Jemaah yang ramai dari serata dunia dengan bermacam ragam, sikap dan perangai. 
  • Jemaah haji terpaksa berjalan kaki ketika waktu kemuncak ( hampir wukuf ) kerana kenderaan kecil tidak dibenarkan masuk ke kawasan masjid di Makkah dan Madinah. Jemaah haji juga adakalanya terpaksa berjalan kaki beberapa kilometer sewaktu di Muzdalifah dan Mina kerana sebab-sebab luar jangka yang tidak dapat dielakkan. Keadaan sebegini sememangnya menguji kesabaran dan memerlukan ketahanan mental yang amat tinggi. 
 PERSIAPAN FIZIKAL              
 
1. PEMERIKSAAN KESIHATAN 
Kesemua bakal jemaah haji diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan ( lelaki, perempuan dan kanak-kanak ). Peraturan haji Arab Saudi mewajibkan semua bakal haji menjalani pemeriksaan kesihatan dan mendapatkan akuan doktor, sebelum diluluskan visa haji untuk pergi ke Arab Saudi bagi menunaikan fardhu Haj
 
Tujuan.
  • Memastikan semua bakal haji berkeupayaan dari segi fizikal dan mental memandangkan ibadat haji memerlukan lebih tenaga fizikal dan tidak sah haji orang yang tidak waras akalnya. 
  • Memenuhi peraturan Pihak Berkuasa Kementerian Kesihatan Arab Saudi 
  • Mengesan penyakit lebih awal dan memberi rawatan awal bagi mengelak penyakit menjadi teruk ketika jemaah haji berada di Tanah Suci. Sekiranya terdapat bakal haji yang berpenyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan lemah jantng, pesakit akan distabilkan dan diberi rawatan sempurna sebelum pemeriksaan kesihatan diluluskan. 
  • Mengesan jika bakal haji mengidapi penyakit berjangkit serta merawat dengan sewajarnya dan menentukan bakal haji tdak menghidapi penyakit berbahaya atau berjangkit yang akan menjangkiti orang lain di Tanah Suci. 
  • Mengemukakan laporan perubatan yang terkini, keputusan terakhir pemeriksaan makmal dan senarai ubat-ubatan yang diambil / makan oleh bakal haji serta dosnya ke dalam Buku Rekod Rawatan Kesihatan Jemaah Haji untuk rujukan kepada Rombongan Perubatan di Tanah Suci. 
  • Mengesan bakal haji wanita yang hamil semasa pemeriksaan kesihatan serta memberi penerangan risiko mengapa mereka tidak dibenarkan dan tidak diluluskan pemergian ke Tanah Suci sehingga selepas bersalin/ gugur. 
  • Mengesan bakal haji yang tidak siuman dan nyanyuk dan menasihatkan keluarga mereka supaya mendapatkan rawatan atau menangguhkan pemergian bakal haji tersebut, kerana orang yang tidak siuman atau mengidap sakit jiwa jika tidak menerima rawatan dengan betul, keadaan mungkin akan bertambah teruk apabila berada di Tanah Suci. Beberapa masalah akan timbul kepada keluarga yang bersama, khususnya apabila keadaan terpaksa menghantar jemaah haji tidak siuman ini pulang ke tanah air sebelum wukuf atau pulang awal selepas wukuf. 
  • Memastikan semua bakal jemaah haji mendapatkan suntikan vaksin Anti Meninggitis iaitu " Meninggococcal Quadrivalent Vaccine ACYW 135 ". 
        
2. KETAHANAN BADAN ( FITNESS ) JEMAAH HAJI PERLU BERKEADAAN SIHAT TUBUH BADAN 
 
Faktor Perjalanan
Jemaah haji mesti sihat dan bertenaga kerana semasa mengerjakan haji mereka perlu melalui perjalanan yang cukup panjang. Berikut adalah anggaran masa perjalanan semasa menunaikan fardhu haji :-

Jemaah haji terpaksa juga berjalan kaki ke mana sahaja untuk menunaikan ibadah atau urusan peribadi semasa berada di Tanah Suci. 
 
Masa dalam kapal terbang ( 8 - 8 1/2 jam ) dinasihatkan bakal-bakal haji menggerak-gerakkan kaki agar terhindar dari sakit saluran darah ( DVT-Deep Vein Thrombosis ) atau berjalan-jalan dalam kapal terbang jika keadaan mengizinkan.
 
Faktor Ibadat dalam mengerjakan haji 
  • Tawaf - Berjalan lebih kurang satu kilometer dalam keadaan sesak 
  • Saie - Berjalan lebih kurang 5 km dalam keadaan sesak
  • Melontar Jamrah - Berjalan lebih kurang 6 - 10 km setiap hari selama 4 hari berturut-turut
  • Sembahyang - Berjalan 2 -3 km setiap hari ke Masjid Nabawi di Madinah untuk mengerjakan solat 30 waktu berturut-turut. Berjalan 4 - 6 km setiap hari dari bangunan penginapan ke Masjidil Haram di Makkah untuk menunaikan solat fardhu 5 waktu
Kedua faktor di atas menyebabkan jemaah haji mengalami keletihan dan tahap kesihatan akan menurun dan perlu mengambil langkah-langkah penjagaan kesihatan yang sesuai sebagai persediaan awal.      
 
 Sumber : Tetamu Allah.com
 
 
Memandangkan banyak tenaga dan kudrat yang diperlukan, antara pemakanan supplement yg boleh membantu sepanjang anda mengerjakan ibadat Haji seperti berikut...
  1. Performance Drink - untuk mencegah masalah pengdehidratan sepanjang berada di sana terutama waktu panas terik. Ianya juga baik demi memastikan jemaah umrah haji ini sentiasa bertenaga sepanjang menunaikan ibadah. Bawak setin terus.. memang setin habis ... bancuh dlm botol air mineral dengan air zam2... sehari 2-3x minum, pasti best dan bertenaga...  
  2. B Complex - Ianya bertindak sebagai penjana tenaga (melalui tindakbalas glukos) disamping memberi ketenangan kepada tubuh .Memandangkan ibadah umrah haji ini memerlukan kita banyak berjaga demi menunaikan ibadah dengan lebih sempurna , adakala ia menuntut seseorang itu lebih banyak berjaga dari tidur maka B complex banyak membantu tubuh agar tetap bertenaga walau kita kekurangan waktu tidur yang sepatutnya.
  3. Vitamin C - sangat penting untuk imun tubuh kita. Bertindak sebagai antioksidan dan sangat penting dalam melawan penyakit.
  4. Kalsium @ Ostematrix - Sesungguhnya ibadah umrah dan haji memerlukan kudrat yang banyak maka keperluan kalsium juga tidak boleh dipandang remeh. Ianya sangat penting agar kaki kita tidak mudah merasa kebas atau bahasa lain terasa seperti sesemut atau lebih teruk boleh terjadi ialah kekejangan kaki akibat terlalu lama berdiri atau banyak berjalan.
Option
  • Vitamin C tu kalo rasa2 malas nak telan byk boleh replace dengan Nutriferon. Bleh bancuh dengan air or makan begitu jer...
  • Advanced Joint Health boleh di add bersama Osteomatrix jika anda sering terkena sakit sendi yang teruk. Kombinasi keduanya memberikan impak untuk sendi yg KUAT, FLEKSIBEL dan MUDAH BERGERAK. InsyaAllah. 
Supplemen ni ikhtiar dan cara kita berusaha untuk menjaga kesihatan sambil beribadat. Jadi siapa ade yg nak pergi haji /umrah or ade ahli keluarga or kwn2 yg nak ke sana... sediakan bekalan vitamin yg sesuai !! 
 
Selamat Menunaikan Ibadah !!!!!! Semoga mendapat Haji Yang Mabrur..... Aminnn..
 
pm/wa 012-9384744
 
 

No comments: