Pages

Sunday, January 17, 2010

Iron Girl....

Makan buah before playing with flashcard....
Tengok....Iris sibuk dengan flashcardnyer....
Mana gambar cat.......

Salam Isnin semua....

Hari ni aku ingin berkongsi cerita tentang seorang 'Iron Girl' yang aku sendiri telah lahirkan...ewahh....macam bagus jer bunyinyer....x der la sgt.....yang pasti Iron Girl tuh aku buh nama Nia Iris Batrisyia...hahahaha...anakandaku sendiri.....

Bukan per....pembaca sekalian....bayangkan atau cuba jadikan diri anda sebagai bayi seusianya, 11 bulan, yang sepatutnya tidur 2-3 kali sekurang2nya pada waktu siang.....TAPI dia berjaya untuk tidak tidur dan bermain sedari pukul 11.43 pagi hingga 10.47 malam.....waduh...waduh....kebal sungguh si kecilku....Dia menyusu tanpa terkhayal @ terlena @ tertidur2 ayam.....betapa....aku yang mengantuk melayannya.....

Dalam fikirannya hanya bermain dan meneroka dunianya dan andai tertidur...ia akan menjadi satu kerugian yang besar....

Kenapalah x der plak yang menyuruh atau mengarahkan si dewasa ni yang tidur? Pasti si dewasa ini akan tidur selena-lenanya.....atau hanya bangun apabila dikejutkan.....

Hujung Minggu adalah waktu Iris tahu si ibu ada di rumah dan dia akan menggunakan sebaik2 masa untuk 'mendera' ibu....x per...kt hubby, biarlah dia meneroka zamannyer...katanya lagi "baguslah dia aktif, dia sentiasa berfikir. baby yang asyik tidur adalah baby yang lembab, asyik nak tidur jer..." betulkah begitu?.............................


No comments: